Dasar Privasi
Kemas kini terakhir: 28 September 2026
Dasar ini menerangkan cara Reruai Digital Solution (SSM: NS0236711-A) ("kami") mengendalikan data peribadi dalam Formjer, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
1. Dua jenis data
- Data pemegang akaun — anda yang mendaftar atau dijemput ke Formjer. Kami pengawal data ini.
- Data lead — maklumat yang dihantar oleh prospek melalui borang pelanggan kami. Pemilik borang ialah pengawal data; kami memprosesnya bagi pihak mereka. Prospek yang ingin mengakses atau membetulkan data mereka patut menghubungi perniagaan yang memiliki borang tersebut; kami akan membantu perniagaan itu.
2. Data yang kami kumpul
- Akaun: nama, emel, nama bisnes, kata laluan (disimpan dalam bentuk hash, bukan teks asal).
- Bayaran: diproses oleh Stripe. Kami tidak menyimpan nombor kad; kami menyimpan rujukan pelanggan dan status langganan.
- Penggunaan & keselamatan: alamat IP, jenis pelayar, log masuk dan log sistem untuk keselamatan dan penyelesaian masalah.
- Data lead: jawapan borang, nombor telefon, parameter iklan (cth. UTM, fbclid, gclid), alamat IP dan jenis pelayar prospek.
- Kuki: kuki sesi yang penting untuk log masuk, dan kuki ujian A/B pada borang. Borang pelanggan boleh memuatkan pixel iklan yang pelanggan sambungkan sendiri.
3. Tujuan
Menyediakan dan mengendalikan perkhidmatan; mengesahkan emel dan menetapkan semula kata laluan; bil dan langganan; keselamatan, pencegahan penyalahgunaan dan sokongan; menghantar lead dan signal penukaran ke saluran yang diaktifkan oleh pemilik borang.
4. Pendedahan kepada pihak ketiga
Kami tidak menjual data peribadi. Data dikongsi hanya dengan pembekal yang diperlukan untuk perkhidmatan: Cloudflare (rangkaian & keselamatan), Stripe (bayaran), Resend (emel sistem), pembekal hosting kami, dan — apabila pemilik borang mengaktifkannya — Meta, Google, Google Sheets atau penyedia WhatsApp mereka. Pengenal seperti telefon dan emel yang dihantar ke Meta Conversions API di-hash terlebih dahulu. Kami juga boleh mendedahkan data jika dikehendaki oleh undang-undang.
5. Penyimpanan & keselamatan
Data disimpan pada pelayan yang dilindungi dengan HTTPS, kawalan akses dan sandaran berkala yang disulitkan semasa pemindahan. Data mungkin disimpan atau diproses di luar Malaysia oleh pembekal yang dinyatakan di atas. Tiada sistem yang selamat sepenuhnya; kami akan bertindak segera jika berlaku insiden keselamatan.
6. Tempoh simpanan
Data akaun disimpan selagi akaun aktif. Data lead disimpan selagi pemilik borang menyimpannya dalam akaun mereka. Selepas permintaan pemadaman akaun, data dipadam daripada sistem aktif dalam tempoh munasabah dan daripada sandaran mengikut kitaran sandaran.
7. Hak anda di bawah PDPA
Anda berhak meminta akses dan pembetulan data peribadi anda, menarik balik persetujuan, dan meminta kami menghadkan pemprosesan (tertakluk kepada undang-undang). Pemegang akaun boleh mengemas kini maklumat dalam aplikasi atau menghubungi kami: WhatsApp +60 12-256 8581.
8. Kanak-kanak
Formjer ialah perkhidmatan untuk perniagaan dan tidak ditujukan kepada individu di bawah umur 18 tahun.
9. Perubahan
Kami boleh mengemas kini dasar ini. Tarikh "Kemas kini terakhir" di atas akan berubah dan perubahan penting akan dimaklumkan.