Terma Perkhidmatan
Kemas kini terakhir: 28 September 2026
Terma ini terpakai kepada penggunaan Formjer (formjer.com, app.formjer.com) yang dikendalikan oleh Reruai Digital Solution (SSM: NS0236711-A) ("kami"). Dengan mendaftar atau menggunakan Formjer, anda bersetuju dengan terma ini.
1. Perkhidmatan
Formjer ialah perisian untuk membina borang lead, menapis kelayakan lead, menghantar lead ke saluran anda (cth. Google Sheet, WhatsApp) dan menghantar signal penukaran ke platform iklan (cth. Meta, Google) yang anda sambungkan sendiri.
2. Akaun anda
- Maklumat pendaftaran mesti tepat. Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan dan semua aktiviti dalam akaun anda.
- Borang akaun baharu hanya aktif selepas emel pemilik disahkan.
- Anda boleh menjemput ahli team dan pengguna portal; anda bertanggungjawab ke atas akses yang anda berikan.
3. Pelan, bayaran & pembatalan
- Pelan Percuma mempunyai had (bilangan client, borang dan lead sebulan). Apabila had lead bulanan dicapai, borang berhenti menerima lead baharu sehingga bulan berikutnya atau sehingga anda naik taraf.
- Pelan Pro dibilkan secara berulang melalui Stripe mengikut harga yang dipaparkan semasa pembelian, dan diperbaharui secara automatik sehingga dibatalkan.
- Anda boleh membatalkan bila-bila masa melalui page Pelan; akses Pro kekal sehingga akhir tempoh yang telah dibayar. Bayaran yang telah dibuat tidak dikembalikan untuk tempoh separa, kecuali jika dikehendaki oleh undang-undang.
- Kami boleh mengubah harga dengan notis sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tempoh bil seterusnya.
4. Penggunaan yang dilarang
Anda tidak boleh menggunakan Formjer untuk: phishing atau menyamar sebagai pihak lain; mengumpul kata laluan, nombor kad pembayaran, atau maklumat perbankan; spam; kandungan yang menyalahi undang-undang Malaysia; atau cubaan mengganggu keselamatan sistem. Kami boleh menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar terma ini tanpa notis, dan borang akaun tersebut akan dimatikan serta-merta.
5. Data lead anda
Anda ialah pengawal data bagi maklumat yang dihantar oleh prospek melalui borang anda. Anda mesti mempunyai asas yang sah untuk mengumpul dan menggunakan data tersebut, termasuk notis privasi yang sesuai kepada prospek anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Kami memproses data tersebut bagi pihak anda untuk menyediakan perkhidmatan. Lihat Dasar Privasi.
6. Integrasi pihak ketiga
Anda menyambungkan akaun anda sendiri (cth. Meta Pixel, Conversions API, akaun iklan, Google Ads). Token yang anda berikan hanya digunakan untuk fungsi yang anda aktifkan. Penggunaan platform tersebut tertakluk kepada terma pembekal masing-masing.
7. Ketersediaan & sokongan
Kami berusaha memastikan Formjer sentiasa tersedia dan membuat sandaran data secara berkala, tetapi perkhidmatan disediakan "seadanya" tanpa jaminan ia bebas gangguan atau ralat.
8. Had liabiliti
Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung, kehilangan keuntungan atau kehilangan jualan. Jumlah liabiliti kami bagi sebarang tuntutan terhad kepada jumlah yang anda bayar kepada kami dalam tempoh 3 bulan sebelum tuntutan tersebut.
9. Penamatan
Anda boleh berhenti menggunakan Formjer bila-bila masa. Untuk memadam akaun dan data anda, hubungi kami. Kami boleh menamatkan perkhidmatan dengan notis munasabah atau serta-merta atas pelanggaran terma.
10. Perubahan terma
Kami boleh mengemas kini terma ini. Perubahan penting akan dimaklumkan melalui emel atau dalam aplikasi. Penggunaan berterusan selepas perubahan bermaksud anda menerima terma yang dikemas kini.
11. Undang-undang
Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Hubungi kami: WhatsApp +60 12-256 8581.